Monday 28 December 2009

WORLD BEHIND MY WALL BY TOKIO HOTEL

Hadith harian

RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."

Anas r.a



Huraian
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."

SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA


Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi s.a.w bersabda:”Setiap yang masuk ke dalam syurga diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam neraka jika seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam syurga jika seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya.”
(Bukhari)


Huraian
Syurga dan neraka bukanlah asing bagi pendengaran manusia yang sampai kepadanya seruan dakwah Islam. Namun begitu tidak banyak yang mengambil iktibar di atas setiap peringatan yang diberikan iaitu tentang azab yang bakal dikenakan kepada orang yang melanggar perintah Tuhan dan balasan nikmat yang bakal dinikmati oleh orang yang beriman dan beramal soleh. Lantaran itu di akhirat kelak tiada manusia yang tidak akan menyesal di atas segala kejahatan yang telah dilakukan bila mana mereka melihat akan keindahan syurga yang diperlihatkan kepada mereka berserta dengan segala nikmat di dalamnya manakala orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga pula akan merasa sungguh bersyukur kerana terselamat daripada bencana yang amat mengerikan sepertimana yang mereka lihat pada neraka dan penghuni neraka yang mengalaminya. Oleh itu kita selaku orang yang masih hidup yang masih mempunyai harapan (peluang) untuk memperbaiki nasib kita di akhirat kelak hendaklah segera bertaubat dan mengerjakan amalan yang diredhai Allah SWT agar nanti kita tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi.

TAFSIRAN MIMPI


Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.”
(Bukhari)

Huraian
Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran terhadap sesuatu yang akan berlaku kerana Rasulullah saw tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan belaka. Namun bagi orang yang jauh dari keimanan, tidak solat, tidak mengambil wuduk dan membaca doa ketika ingin tidur contohnya, kebanyakan mimpi yang datang hanyalah berita yang disebarkan oleh syaitan. Namun jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar individu tersebut (yang jauh dairpada kebenaran) menjadi insaf dan kembali ke jalan yang benar.
Sampai sini sahaja... jika diizinkan Allah maka saya akan post lagi hadith...

sekian terima kasih.....

Thursday 17 December 2009

Precious Ones in My Life

1. Myself (Fana, peminat Bill Kaulitz n' Tom Kaulitz...tp, Bill yang paling sy ske....;3)
2. Eman (my twin, peminat Tom Kaulitz)
3. Wani (peminat Tom Kaulitz jgk)
4. Rieccha (Raisya)
5. Yuni (Ayuni)
6. Aina

Seperti yang awk sume baca kat atas td, 3 antara 6 di atas adalah peminat Tokio Hotel...so..., Tokio Hotel, we love you!!!!!

Tokio Hotel members :
1. Bill Kaulitz (Vocalist)
2. Tom Kaulitz (Lead Guitarist)
3. Georg Listing (Bass Guitarist)
4. Gustav Schafer (Drummer)

Check out their website at www.tokiohotel.com...
Be-bye...;3

Eh...lupa pulak...ikuiti kisah Naruto dan kawan-kawan dalam Naruto Shippuuden.....bye-bye..;3
N' jgn lupa solat....assalamualaikum...

Monday 14 December 2009

hati seorang wanita

Seorang wanita
Umpama sekuntum bunga ditaman
harum mewangi
Segar menyeri ke pelusuk dunia

Lembut wanita kerana tutur katanya
Mesra wanita kerana senyumannya
Cekal wanita kerana beraninya
Patuh wanita kerana setianya
Lemah wanita kerana air matanya
Dendam wanita kerana cemburunya
Sabar wanita kerana imannya
Ikhlas wanita kerana sifat lemahnya
Kasih wanita kerana belaiannya
Sayang wanita kerana cintanya

Tanpa wanita lelaki lemah
Kerana wanita lelaki kalah
Hati wanita umpama kaca
Bila terhempas berkecailah ia
lelaki menyifatkan wanita ini terlalu lemah
lemah sehingga sering kali mengalirkan air mata
tapi sedarkah kamu wahai kaum adam
Air matamu juakan mengalir satu hari nanti kerana....
Hanya kerana seorang wanita....
Hebatnya cinta seorang wanita
Sehingga mampu mengalirkan air mata seorang priya
Tak percaya???
Tapi, inilah hakikatnya
Oleh itu.
Hargailah dan jagalah hati......
Seorang wanita....


Nota ini aku tulis bukan untuk menyatakan luahan hati aku dan x de kena mengena dgn org yg hidup atu pun yg dah meninggal...
just for fun...

Sunday 13 December 2009

tercipta jugak..!!!

alhamdulillah...tercipta gak blog ni...dah lama ngidam...baru hari ni dapat create.....tepat pada 6 ptg bersamaan 13 disember 2009...igt tu.....ahli2 blog ni...aku(eman), fana, echa, waniey, yuni, dan aina........
kpd geng akuh, slamat berblog yea.....
bobye..
c ya next time..(sowi r dah kekeringan idea...nga tunggu kembar aku(narumi chan)berblog...keh3..)
k, assalamualaikum....