Monday, 14 December 2009

hati seorang wanita

Seorang wanita
Umpama sekuntum bunga ditaman
harum mewangi
Segar menyeri ke pelusuk dunia

Lembut wanita kerana tutur katanya
Mesra wanita kerana senyumannya
Cekal wanita kerana beraninya
Patuh wanita kerana setianya
Lemah wanita kerana air matanya
Dendam wanita kerana cemburunya
Sabar wanita kerana imannya
Ikhlas wanita kerana sifat lemahnya
Kasih wanita kerana belaiannya
Sayang wanita kerana cintanya

Tanpa wanita lelaki lemah
Kerana wanita lelaki kalah
Hati wanita umpama kaca
Bila terhempas berkecailah ia
lelaki menyifatkan wanita ini terlalu lemah
lemah sehingga sering kali mengalirkan air mata
tapi sedarkah kamu wahai kaum adam
Air matamu juakan mengalir satu hari nanti kerana....
Hanya kerana seorang wanita....
Hebatnya cinta seorang wanita
Sehingga mampu mengalirkan air mata seorang priya
Tak percaya???
Tapi, inilah hakikatnya
Oleh itu.
Hargailah dan jagalah hati......
Seorang wanita....


Nota ini aku tulis bukan untuk menyatakan luahan hati aku dan x de kena mengena dgn org yg hidup atu pun yg dah meninggal...
just for fun...

No comments:

Post a Comment